~ Wanita Solehah Mengatasi Paras Rupa ~
~ Wanita Solehah Mengatasi Paras Rupa ~
Sabda Rasullah s.a.w:
“Dunia itu adalah kenikmatan dan sebaik-baik kenikmatan dunia ialah wanita yang solehah.” – Riwayat Muslim, Kitaab al-Ridha.
1. Agama merupakan faktor terpenting dalam mendapatkan kebahagiaan rumah tangga.
2. Wanita yang beragama sentiasa mentaati ALLAH dan Rasul-NYA. Menjaga maruah diri dan ibu bapa, menundukkan pandangan di hadapan lelaki yang bukan mahram, berusaha menuntut ilmu, memahami dan mengamalkan apa yang difahaminya
3. Wanita yang terdidik dengan agama akan sentiasa memastikan dirinya bersih, kemas dan cantik. Dia sentiasa memelihara diri dan menutup aurat dari pandangan lelaki yang bukan mahram.
4. Melakukan Aktivitas yang Berfaedah ~
~ Ilmu yang diterima bukan sahaja untuk faedah diri sendiri bekerjasama dgn ahli keluarga dan sahabat , taman..
~ Dia tidak mudah dipengaruh oleh penyakit sosial yang sedang hebat melanda wanita lain di masa kini.
~ Dia banyak menghabiskan masa dengan beribadah, mendirikan solat, menuntut ilmu pengetahuan, berbakti kepada ibu bapa dan mengisi masa senggangnya dengan pelbagai jenis aktiviti yang berfedah.
~ Keinginan untuk menyintai dan dicintai yang merupakan fitrah manusiawi tidak pernah dinafikan. Namun, kepada ALLAH jualah dia meminta agar dipermudahkan jalan untuk menyintai dengan cara yang halal dan diredhai ALLAH.
Dalam al-Quran, surah al-Nur ALLAH memerintahkan agar wanita-wanita yang beriman menundukkan pandangan. Melalui sabda Rasulullah s.a.w pula, jelas bahawa baginda melarang berdua-duaan antara dua kaum yang berlawanan jenis kerana syaitan akan mencelah di antara mereka, lalu mendorong ke arah maksiat yang lebih besar, iaitu zina.
5. Mentaati Ibu Bapa
Kedua ibu bapa ditaati dengan sepenuh hati sebagai memenuhi perintah ALLAH agar berbuat baik kepada mereka dalam perkara makruf.
Ini bersesuaian dengan perintah ALLAH yang berbunyi:
“Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan pada-NYA semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik terhadap ibu bapa.
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah
(mereka, dengan berkata): Wahai TUHANku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang dalam memelihara dan mendidikku semasa kecil.” – Surah al-Israak: 23 – 24.
6. Redha dan Syukur dengan Apa yang Ada
Harta benda bukanlah matlamat utama hidupnya. Jika dia diberikan kekayaan, dia bersyukur dan tidak sombong.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Sungguh mengkagumkan sifat orang mukmin. Apa saja keadaannya pasti baik. Ia tidak pernah dialami oleh siapa pun melainkan orang mukmin. Jika dia senang, dia bersyukur dan ia baik untuk dirinya. Dan jika dia susah dia bersabar dan itu baik untuk dirinya.” – Riwayat Muslim.
7. Wanita Solehah Adalah untuk Lelaki Mukmin ~
Segala ciri di atas menggambarkan betapa indahnya sifat wanita solehah. Dan alangkah bahagianya lelaki yang memiliki hati wanita ini.
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“(Kebiasaannya) wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat. Lelaki-lelaki yang jahat juga adalah untuk wanita-wanita yang jahat. Dan sebaliknya wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik serta lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.” – Surah al-Nur: 26.
8. Paras Rupa Bukanlah Segala-galanya
Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:
“Sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu.” – Surah al-Baqarah: 221.
9. Isteri Adalah Pemimpin di Rumah Suami
Wanita yang beragama berupaya mendidik anak-anaknya dengan sempurna. Dia tahu dan saar bahawa dirinya adalah ketua di rumah suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap orang akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang imam adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap apa yang dipimpinnya. Seorang suami adalah pemimpin keluarganya dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya. Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya. Setiap seorang kamu adalah pemimpin dan akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya.” – Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Paling baik ialah memilih wanita yang mempunyai kedua-dua ciri yang dinyatakan di atas, iaitu cantik dan beragama. Perlulah berupaya menjaga maruah diri dan suami, menggembirakan hati suami, membina keluarga Islam yang harmoni dan membimbing keluarga menuju ALLAH. Namun, jika seorang lelaki berada dalam keadaan di mana dia perlu memilih salah satu daripada di atas, dia hendaklah mengutamakan agama.
Salam Santun
Tidak ada komentar:
Posting Komentar